Sejarah SKPP

TAHUN

PERISTIWA

1957

Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (SKPP) ditubuhkan    dalam bulan Januari 1957. Pada mulanya dinamakan Bandar Baharu English School.

1972

Pada tahun 1972, ia ditukarkan pula kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah. Pada masa itu, sekolah ini mengandungi satu blok bangunan yang terdiri daripada 6 kelas dan 1 pejabat. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah yang mengakhiri khidmatnya kepada profesion pendidikan sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (SPP).

1980

Pada tahun ini, sekolah mendapat peruntukan blok baru yang terdiri dari sebuah kantin, 1 bilik stor, 1 bilik pusat sumber dan 1 bilik guru. Projek ini siap sepenuhnya setahun kemudian. Menjelang tahun 1986, sekolah ini mendapat kemudahan tandas murid dan tandas guru yang baru.

1988

Pada 20 September 1988, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Permatang Pasir, Bandar Baharu telah mencapai satu era baru apabila ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu.

2006

Sekolah telah mendapat peruntuk sekali lagi bagi memperbesarkan bilik guru yang sedia ada dan pembinaan sebuah makmal komputer yang mula beroperasi pada tahun 2009.

2010

Pada 14 Disember 2010, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir telah menerima bangunan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Proses pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.