| TAHUN | PERISTIWA | 
| 1957 | Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (SKPP) ditubuhkan    dalam bulan Januari 1957. Pada mulanya dinamakan Bandar Baharu English School. | 
| 1972 | Pada tahun 1972, ia ditukarkan pula kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah. Pada masa itu, sekolah ini mengandungi satu blok bangunan yang terdiri daripada 6 kelas dan 1 pejabat. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah yang mengakhiri khidmatnya kepada profesion pendidikan sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (SPP). | 
| 1980 | Pada tahun ini, sekolah mendapat peruntukan blok baru yang terdiri dari sebuah kantin, 1 bilik stor, 1 bilik pusat sumber dan 1 bilik guru. Projek ini siap sepenuhnya setahun kemudian. Menjelang tahun 1986, sekolah ini mendapat kemudahan tandas murid dan tandas guru yang baru. | 
| 1988 | Pada 20 September 1988, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Permatang Pasir, Bandar Baharu telah mencapai satu era baru apabila ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu. | 
| 2006 | Sekolah telah mendapat peruntuk sekali lagi bagi memperbesarkan bilik guru yang sedia ada dan pembinaan sebuah makmal komputer yang mula beroperasi pada tahun 2009. | 
| 2010 | Pada 14 Disember 2010, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir telah menerima bangunan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Proses pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. |